Translate

26 August 2024

Kes Ebit Lew: Saksi padam gambar, mesej sebelum buat laporan polis




Kes Ebit Lew: Saksi padam gambar, mesej sebelum buat laporan polis
Bernama
26/08/2024 18:06 MYT

Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021. -Gambar fail/Sinar Harian


TENOM: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia telah memadam gambar dan mesej daripada telefon bimbitnya, sebelum membuat laporan polis di Bukit Aman pada 7 Ogos 2021 berhubung kes Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Ringkasan AI Seorang wanita mengaku di Mahkamah Majistret bahawa dia telah memadam gambar dan mesej daripada telefon bimbitnya sebelum membuat laporan polis mengenai kes gangguan seksual Ebit Lew.

Wanita itu tidak pasti jika tindakannya memadam bukti adalah untuk menyelamatkan dirinya atau untuk menggambarkan dirinya sebagai isteri yang baik kepada suaminya.

Ebit Lew menghadapi 11 pertuduhan menghantar perkataan dan gambar lucah kepada wanita tersebut melalui WhatsApp, dan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Ram Singh yang mewakili tertuduh pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ram Singh: Kenapa anda padamkan gambar anda atau teks mesej sebelum anda buat laporan polis?
Saksi: Saya rasa saya padam sebelum saya pasti untuk membuat laporan (polis). Memang dari awal ada saya padam mesej dari dia (Ebit Lew) dan dari saya juga sebab kalau ikut terlalu banyak mesej dari dia, yang tinggal itu saya tidak terpadam.

Pengadu itu juga tidak pasti jika tindakannya memadam bukti penting itu adalah untuk menyelamatkan dirinya apabila ditanya oleh Ram Singh bahawa "anda memadamkan bukti penting untuk menyelamatkan diri sendiri?"

Wanita itu juga memberi jawapan "tidak pasti", apabila Ram Singh bertanya sekiranya tindakan memadam bukti penting itu adalah untuk menggambarkan dirinya sebagai isteri yang baik kepada suaminya.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 5 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 6 hrs 10 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 6 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 7 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 8 hrs 5 mins ago