Translate

25 August 2024

Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka




Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka




Melaka: Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, hari ini.


Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk manakala Mohd Ashraf Muslim menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).

Remy, ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lalu.

"Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya


"Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka," katanya.

Sementara itu Ashraf berkata, menerima B.K.T merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.

"Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Tiga banduan Penjara Kajang raih kejayaan akademik' 9 mins ago
A visitor from Belfast viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 5 hrs 16 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 7 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 7 hrs 10 mins ago