Translate

30 June 2024

Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin



Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin

Bernama

30/06/2024
Penganjuran himpunan "Rakyat Tolak Anwar" di Putrajaya, pada Sabtu tidak akan menjejaskan 'mood' kempen jentera Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, kata Saifuddin. - Gambar Bernama


Kerajaan MADANI hormati hak rakyat walaupun PM dimaki hamun - Saifuddin

Penganjuran himpunan "Rakyat Tolak Anwar" di Putrajaya, pada Sabtu tidak akan menjejaskan 'mood' kempen jentera Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, kata Saifuddin. - Gambar Bernama

NIBONG TEBAL: Penganjuran himpunan "Rakyat Tolak Anwar" di Putrajaya, pada Sabtu tidak akan menjejaskan 'mood' kempen jentera Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penganjuran himpunan itu membuktikan bahawa Malaysia adalah negara yang menghormati hak orang ramai untuk berhimpun secara aman serta menegur dan mengkritik pemerintah.

Beliau berkata, ia juga memberikan gambaran bahawa sesiapa pun berpeluang untuk bersuara tanpa diganggu-gugat.







"Kebebasan yang mereka nikmati hari ini adalah bukti segala-galanya bahawa kerajaan Malaysia di bawah teraju (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendekatan MADANI membuka (peluang) atau menghormati hak setiap rakyat, walaupun beliau dimaki hamun," katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Xpresi Generasi Kita: Solidariti Bersama Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sungai Bakap, di sini, malam tadi.

Petang Sabtu, kira-kira 250 peserta berbaju hitam berhimpun di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana bagi mengemukakan lapan tuntutan kepada kerajaan, antaranya menuntut subsidi diesel dikembalikan serta tidak menaikkan harga petrol RON95 dan gas. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Warga Afrika Bawa Pisau Pemotong Daging Antara Dit' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 20 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Pi' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sultan Pahang berkenan menyaksikan penutup Eksesai' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Majlis TVET Negara salur RM1 juta kepada Unisel pe' 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 25 mins ago