Translate

27 June 2024

Pegawai kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan



Pegawai kastam tertembak diri sendiri ketika mahu cuba pistol rakan

Bernama

26/06/2024

Kejadian membabitkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang (JKDM) yang cedera parah tertembak diri sendiri dipercayai berlaku ketika mangsa mahu mencuba pistol jenis CZ sebelum tertekan picu, dalam insiden 11 Jun lepas. - Foto hiasan




GEORGE TOWN: Kejadian membabitkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang (JKDM) yang cedera parah tertembak diri sendiri dipercayai berlaku ketika mangsa mahu mencuba pistol jenis CZ sebelum tertekan picu, dalam insiden 11 Jun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia berdasarkan keterangan yang direkodkan daripada pegawai lelaki berusia 42 tahun itu, yang ketika kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), dekat sini.

"Polis merekodkan keterangan pegawai itu di HSJ pada 19 Jun lepas dan berdasarkan keterangannya dia mendakwa pada hari kejadian, telah meminta pistol jenis CZ milik rakannnya untuk melihat dan mencuba senjata api tersebut.




"Pegawai tersebut ingin tahu bagaimanan senjata jenis CZ itu berfungsi dan pada masa itu mangsa telah tertekan picu sebelum tertembak diri sendiri," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Hamzah berkata selain keterangan daripada mangsa, polis juga merekodkan keterangan daripada tiga individu iaitu saksi yang juga pemilik senjata itu, pengawai senjata dan seorang anggota kastam yang berada di tempat kejadian.

Beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan sedar, stabil dan boleh berkomunikasi dengan baik selain siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan 326 Kanun Keseksaan

Bernama pada 11 Jun lepas melaporkan polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dipercayai tertembak diri sendiri membabitkan seorang pegawai JKDM Pulau Pinang ketika mahu menghadiri latihan menembak di jabatan itu di Seberang Jaya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Sparks fly at the first meeting between President ' 5 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 32 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay' 35 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 36 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah L' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 5 hrs 4 mins ago