Translate

28 June 2024

Yang di-Pertuan Agong berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei di Istana Nurul Iman





KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan
Ibrahim hari ini berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke
Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal
Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini
memaklumkan majlis menghadap dan persembahan warkah
persilaan itu, kemudiannya diikuti dengan majlis santapan tengah
hari.

Hantaran berkenaan turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis
menghadap dan persembahan warkah persilaan itu.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Hangar
Penerbangan Diraja Brunei disambut Pengiran Muda Mahkota
Brunei Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda
‘Abdul Malik dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Hadir sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Datuk Paduka
Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy
Zairakithnaini, Ketua Protokol Kementerian Luar Datuk Mohd Aini
Atan dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Nur
Ezira Mahadi.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim
akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah
Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke17 
pada 31 Jan.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 8 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 8 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 12 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 14 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 27 mins ago
A visitor from Alabama viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 36 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 53 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 55 mins ago
A visitor from Louisiana viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 14 mins ago