Translate

24 June 2024

Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi

Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi

Astro Awani

24/06/2024 Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi

Ahmad Zahid menegaskan pendirian UMNO tetap bersama Anwar. - Gambar fail/Bernama

Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi

Ahmad Zahid menegaskan pendirian UMNO tetap bersama Anwar. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, kenyataan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP) dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd. (MAHB) adalah bersifat peribadi dan bukan parti.

Sebaliknya, beliau menegaskan pendirian UMNO tetap bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pendirian UMNO jelas, sama dengan pendirian yang dibuat oleh Perdana Menteri. Pendapat yang diberi oleh Tok Mat (Mohamad) adalah pendapat peribadi.



"Saya telah bertemu dengan beliau malam tadi dan menyatakan itu pandangan peribadi, bukan UMNO secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UiTM Seluruh Malaysia di sini, pada Isnin.

Ahmad Zahid menjelaskan, isu berkenaan ada dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, baru-baru ini.

"Ada dibawa (dalam mesyuarat Kabinet) tapi tidak dibincangkan secara terperinci seperti penjelasan semalam, tetapi pada (mesyuarat) pra-Kabinet baru dibincangkan secara terperinci kepada seluruh ahli Parlimen Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara serta menteri dan timbalan menteri," katanya.

Pada Ahad lalu, Mohamad Hasan mendakwa keputusan penjualan saham MAHB kepada GIP berkenaan tidak dibuat melalui Kabinet, namun masih mengharapkan ia dikaji semula.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan semua pihak tidak menjadikan isu penglibatan GIP dalam penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB sebagai wayang politik untuk menghentam kerajaan membabitkan isu Palestin.

Malah katanya, beliau pada setiap masa bersikap keras dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, namun pada masa yang sama tidak mahu melemahkan ekonomi Malaysia

\

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 27 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 2 hrs 23 mins ago