Translate

19 April 2024

Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar



Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar

Bernama

19/04/2024
Anwar berkata perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. - Gambar fail

Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar

Anwar berkata perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar berkata ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak mahu terlibat dalam perbincangan soal addendum kerana ini bidang kuasa Lembaga Pengampunan, selepas itu kuasa mutlak dan wewenang sepenuhnya Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu.







"Sepatutnya semua pihak terima kenyataan itu dan terus dengan tumpuan kita untuk menjamin keamanan, kuatkan kestabilan politik negara dan membangunkan negara," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.

Anwar berkata pendirian kerajaan adalah untuk tidak mencabar sebarang keputusan melibatkan institusi beraja di mahkamah.

Mengulas mengenai afidavit yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan isu itu, Anwar berkata ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO.

"Itu beliau lakukan sebagai Presiden UMNO...pendirian kita semua, urusan yang melibatkan raja-raja tidak boleh dicabar.

"Sebab itu saya tidak mahu mengulas selain mengatakan ini prinsip dan pendirian kerajaan bukan hanya sekarang, (tapi) sejak merdeka sampai sekarang," katanya.

Zahid sebelum ini memfailkan afidavit di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April mendakwa melihat perintah tambahan untuk Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

-- BERNAMA





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED