Pengurus syarikat agensi pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, pada 24 April, atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis pistol tertulis Glock 19 Austria, Made in Turkey, menyalahi Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.