Translate

22 April 2024

PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO



PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO

Bernama

22/04/2024 

PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO




Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri ditubuh untuk memberi nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.- Gambar fail/Bernama

Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri ditubuh untuk memberi nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.- Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

"Cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan," katanya.

PMO berkata, jawatankuasa yang dilantik itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fadillah kongsi detik cemas ketika gempa bumi land' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Saya nyanyi tanpa bayaran untuk hargai warga KKM -' 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 47 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon akan dipanggil bantu siasat' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KELUANG MAN - OFFICIAL TRAILER | DI PAWAGAM MULAI ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Saya nyanyi tanpa bayaran untuk hargai warga KKM -' 1 hr 2 mins ago