Translate

27 April 2024

Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan maut direman






Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman

Bernama

27/04/2024 18:00 MYT


Motosikal mangsa yang tercampak ke bahagian belakang pacuan rempat roda yang dirempuhnya. - Gambar/ Ihsan pembaca

KUANTAN: Seorang wanita berusia 35 tahun yang memberhentikan kenderaan dipandunya sebelum bertindak melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur semalam direman dua hari.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata penumpang kenderaan wanita terbabit iaitu seorang lelaki warga China berusia 37 tahun turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua mereka direman bermula hari ini bagi siasatan lanjut susulan kes kemalangan yang melibatkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.







Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, seorang lelaki berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pemuzik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sejurus pemandu kenderaan pacuan empat roda itu menekan brek mengejut selepas wanita terbabit yang memandu kenderaan utiliti sukan jenis Mitsubishi Pajero Sport berhenti di bahu kiri jalan sebelum bertindak melintas ke kanan laluan itu.

"Dalam masa yang sama datang motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 ditunggang mangsa dari arah belakang terus melanggar pacuan empat roda itu, sebelum mangsa terjatuh di lorong laju manakala motosikalnya tercampak ke bahagian belakang kenderaan itu," katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian, katanya.

-- BERNAMA


Watch on TikTok

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 54 mins ago
A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 6 hrs 54 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 6 hrs 57 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 7 hrs 10 mins ago