Translate

24 April 2024

Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis



Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis

Bernama

24/04/2024
"Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran."

Pemilik akaun X hina anggota TLDM yang terkorban, pengamal media buat laporan polis

"Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran."

KUALA LUMPUR : Seorang pengamal media arus perdana meminta polis mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial yang mengeluarkan komentar jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas semasa menjalani latihan raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam.

Wat Kamal Abas, 51, berkata tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi tersebut.

"Pengguna media sosial atas nama Saifuddin Shafik telah memberi komen dengan perkataan 'Baru raptai dah mampos. Tak sempat nak perang', di akaun X, semalam.







"Perkataan biadap seperti itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, kira-kira 94 kilometer (km) dari sini, semalam.

Wat Kamal berkata perkara itu juga tidak boleh dipandang enteng kerana ia mampu menimbulkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat.

"Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 21 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 24 mins ago