Translate

24 April 2024

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi




 FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi

Bernama

24/04/2024 FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi

Fahmi Fadzil bersama Steven Sim beramah mesra bersama para penggiat seni tanah air pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perkeso dan Finas pada Selasa - Foto BERNAMA

FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi

Fahmi Fadzil bersama Steven Sim beramah mesra bersama para penggiat seni tanah air pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Perkeso dan Finas pada Selasa - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata tajaan itu adalah 10 peratus daripada jumlah caruman SKSPS bernilai RM232.80 setahun yang perlu dibayar oleh setiap pencarum bagi skim perlindungan berkenaan.

Beliau berkata inisiatif itu adalah hasil Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Kementerian Komunikasi melalui FINAS bersama Kementerian Sumber Manusia menerusi Perkeso hari ini bagi menyediakan sokongan jaringan keselamatan sosial kepada penggiat seni.



"...jumlah RM232.80 itu untuk setahun, jadi pecah kepada 12 bulan, itulah jumlah yang anda bayar setiap bulan. Untuk tahun ini, 90 peratus dibayar oleh kerajaan manakala 10 peratus lagi oleh FINAS, jadi penerima (penggiat seni) tidak perlu bayar apa-apa (untuk tempoh setahun)," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu di sini pada Selasa.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dengan disaksikan oleh Fahmi serta Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Lembaga Perkeso Datuk Seri Subahan Kamal dan Pengerusi FINAS Datuk Kamil Othman.

Fahmi berkata beliau juga bercadang menggunakan konsep sama bagi membantu kumpulan seni muzik yang masih di peringkat kajian.

Pada sidang media sama, Sim berkata perluasan kepada pencarum SKSPS untuk penggiat seni menjadikan lebih 400,000 golongan pekerja sendiri telah dicarum yang meliputi pelbagai bidang dan profesion.

Beliau berkata model kerjasama rentas kementerian juga lebih mudah untuk memastikan golongan pekerja sendiri daripada pelbagai bidang dapat mencarum dalam skim perlindungan itu.

"Kita akan melihat kepada model bekerjasama dengan kementerian supaya pekerja bebas juga dapat Perkeso. Tahun lepas, kita telah memberi lebih RM31 juta di bawah SKSPS. Untuk tahun ini, Perkeso setakat ini telah membayar RM7 juta kepada 1,500 pencarum SKSPS," katanya.

Kenyataan FINAS pula memaklumkan skop kerjasama MoU itu adalah antara usaha untuk menggalakkan pendaftaran dan meningkatkan penyertaan di bawah SKSPS oleh semua individu atau badan berkaitan dengan aktiviti perfileman pekerjaan sendiri serta persatuan bagi memastikan liputan perlindungan yang berterusan.

FINAS dan Perkeso juga akan berkongsi data serta maklumat khususnya berkaitan senarai nama individu atau badan berkaitan dengan aktiviti perfileman pekerjaan sendiri bagi memudahkan proses pendaftaran dan pembayaran caruman.

"Skop kerjasama MoU ini menawarkan prasyarat daftar dan carum SKSPS menerusi kaedah pelesenan di bawah FINAS atau melalui punca kuasa yang boleh dilaksanakan.

"Kerjasama itu juga menjadi pemudah cara bagi penyertaan SKSPS dengan langkah akan diambil kepada semua individu terlibat dalam aktiviti perfileman yang bekerja sendiri bagi membantu pelaksanaan SKSPS termasuk proses tuntutan faedah Orang Berinsurans Bekerja Sendiri sekiranya berlaku bencana," katanya.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED