Translate

19 April 2024

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal



Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi yang berusia 54 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 pagi Jumaat semasa dalam perjalanan ke Hospital Melaka.




MELAKA TENGAH: Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, hari ini.

Allahyarham yang berusia 54 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 pagi Jumaat semasa dalam perjalanan ke Hospital Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam kenyataannya mengesahkan perkara berkenaan dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negeri Melaka.


“Secara peribadi saya cukup terkesan dan amat berdukacita dengan berita pemergian Allahyarham yang mana pemergian dalam waktu yang singkat ini merupakan suatu kehilangan besar kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri.

“Jasa dan sumbangan Allahyarham Datuk Wira Zaidi cukup besar kepada Kerajaan Negeri Melaka sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bermula pada 5 Januari 2022 hingga kini,” katanya.

Sementara itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi akaun Facebook rasminya turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya berasa amat dukacita di atas pemergian Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama kalangan orang beriman dan bertakwa.

“Dititipkan juga iringan doa semoga keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi ujian kehilangan orang tersayang serta dipermudahkan segala urusan,” tulis Mohd Zuki lagi.

Allahyarham Zaidi merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang ke-29 dan dilantik menjawat jawatan itu pada 5 Januari 2022 lalu.









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED