Translate

30 April 2024

KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan



KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan

Bernama

30/04/2024
Mojhd Shukri keluar dari ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 6.50 petang. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan

Mojhd Shukri keluar dari ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 6.50 petang. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.

"Yelah, betul. Bahagian Komunikasi Korporat (SPRM) akan keluarkan kenyataan (rasmi) nanti," katanya ringkas ketika dihubungi sama ada Mohd Shukri yang hadir memberi keterangan di SPRM telah dibebaskan dengan jaminan atau sebaliknya.

Terdahulu, Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 9.50 pagi tadi.







Difahamkan, kenderaan membawa Mohd Shukri dilihat keluar pada jam 6.50 petang.

Dua hari lepas SPRM mengesahkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Sumber SPRM berkata, pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta dan agensi itu dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk anak Mohd Shukri ditahan SPRM berhubung kes membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000 baru-baru ini.

-- Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bulan Bintang showcased a record 350 drones during' 5 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 39 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih 1,270 PATI Ditahan | BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat ' 1 hr 43 mins ago
A visitor from San jose viewed 'February 2015' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'MyCC lancar kaji selidik perkukuh landskap ekonomi' 1 hr 57 mins ago