Translate

27 April 2024

MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini



MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini

Bernama

27/04/2024
Prabakaran berkata, jumlah sebanyak RM40 juta itu telah dibelanjakan secara efektif melalui pelbagai inisiatif strategik yang akan memberi keutamaan kepada golongan B40. - Gambar fail/www.parlimen.gov.my

MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini

Prabakaran berkata, jumlah sebanyak RM40 juta itu telah dibelanjakan secara efektif melalui pelbagai inisiatif strategik yang akan memberi keutamaan kepada golongan B40. - Gambar fail/www.parlimen.gov.my

GEORGE TOWN: Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah dimanfaatkan untuk pelbagai program bagi memastikan transformasi dan peningkatan sosioekonomi masyarakat itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, P. Prabakaran berkata, jumlah sebanyak RM40 juta itu telah dibelanjakan secara efektif melalui pelbagai inisiatif strategik yang akan memberi keutamaan kepada golongan B40.

"Kita ada hala tuju dan setakat ini, MITRA telah menjalankan pelbagai program antaranya subsidi bantuan pengajian ijazah sarjana muda, subsidi pendidikan awal tadika swasta dan subsidi dialisis.







"Selain itu, baki peruntukan sebanyak RM60 juta akan digunakan bagi banyak lagi program dan perancangan yang telah diatur antaranya dana pendidikan, sijil profesional, bantuan kepada golongan di estet dan penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kaum India Pulau Pinang, di sini pada Jumaat.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Pulau Pinang berjumlah RM700,000 dalam bentuk pembelian peralatan perniagaan dan khidmat nasihat kepada 125 usahawan India B40 di negeri itu.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk memberi pendedahan kepada masyarakat India berhubung ekonomi digital supaya dapat membawa mereka seiring dengan dasar kerajaan dan ke arah era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan pendigitalan. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 21 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 24 mins ago