Translate

30 April 2024

Konsert Legends Pada Jun 2 menampilkan 4 Artis Legenda Ramli Sarip, Awie, Khatijah Ibrahim dan Rahimah Rahim.


Persatuan Karyawan Malaysia, sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan akan menganjurkan satu konsert dan majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan .

Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan juga yang hilang upaya. Baru-baru ini, dalam bulan Ramadan, Karyawan dengan kerjasama dengan FMT telah memberi sumbangan RM1000.00 kepada 50 artis tempatan.

Konsert "Legends" ini akan menampilkan 4 Artis legenda yang telah membina industri seni tanahair selama ini iaitu Ramli Sarip, Awie, Khatijah Ibrahim dan Rahimah Rahim. 

Ia akan diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada 2 Jun 2024.

Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata keempat-empat artis adalah legenda dalam hak mereka sendiri dan mempunyai pangkalan peminat setia ."Ia menjanjikan persembahan yang hebat kerana mereka akan membawa penonton ke lorong ingatan dengan mempersembahkan lagu-lagu hits mereka dari tahun 1980-an hingga hari ini."

Penyanyi Norshila Amin, Ezlynn, dan Hairie Kool akan membuat persembahan pembukaan untuk konsert ini

Mereka akan diiringi oleh pemuzik berbakat dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dibawah kelolaan Profesor Ramlan Imam.

Tarikh: Ahad 2 Jun 2024

Masa: 8.00-11.00 Malam

Tempat: Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur 54000

Artis:

DATUK KHATIJAH IBRAHIM

DATUK RAMLI SARIP

DATUK AWIE (WINGS)

RAHIMAH RAHIM

Karyawan berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk sama-sama menjayaan majlis gilang gemilang yang bakal diadakan melalui format pembelian meja tajaan sebagaimana berikut :-

1. Penaja Meja Berlian - RM 100,000

2. Penaja Meja Platinum - RM 50,000

3. Penaja Meja Emas - RM 10,000

4. Penaja Meja Perak - RM 5,000

5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000

Tiket untuk individu juga ada dijual dengan harga RM200.00

Pihak yang berminat, bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi talian Dato’ Freddie Fernandez di talian 012-2071400 / emel fredez2009@gmail.com atau Ahmad Abdullah 014-7176276 / emel nurahamad@gmail.com .

Pembayaran adalah melalui online transfer di atas nama:
Persatuan Karyawan Malaysia. 
Nombor Akaun: 3108024130 
Public Bank Berhad, Cawangan PJ New Town.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED