Translate

09 April 2024

Lima pemimpin kanan PKR dilantik Sekretariat Pejabat Presiden parti



Lima pemimpin kanan PKR dilantik Sekretariat Pejabat Presiden parti

Bernama

April 9, 2024
Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang baru ditubuhkan semalam. - Foto Facebook PKR

Lima pemimpin kanan PKR dilantik Sekretariat Pejabat Presiden parti

Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang baru ditubuhkan semalam. - Foto Facebook PKR

KUALA LUMPUR: Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang baru ditubuhkan semalam.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook parti itu memaklumkan Sekretariat Pejabat Presiden PKR itu, dianggotai Datuk Romli Ishak sebagai Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden dan juga koordinator sekretariat.

Beliau berkata Onn Abu Bakar, Sim Tze Tzin, Manivanan Gowin dan Juwairiya Zulkifli, pula masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden.

Juwairiya juga dilantik sebagai setiausaha sekretariat itu.

"Sekretariat Pejabat Presiden diamanahkan untuk memartabatkan dan memperkasakan PKR, membantu dan menyelaras pergerakan di semua peringkat parti itu serta memantau aktiviti dan gerak kerja di semua peringkat.

"Sekretariat Pejabat Presiden juga diamanahkan untuk menyemak perlembagaan parti untuk mengisbatkan (mengesahkan) hala tuju dan masa depan PKR serta memberi pandangan dan cadangan dalam isu-isu semasa yang berbangkit dalam politik negara," katanya yang mempengerusikan mesyuarat penubuhan sekretariat itu.

Justeru, Anwar menasihatkan pimpinan dan anggota PKR untuk berganding bahu dalam menggalas tanggungjawab serta mendukung aspirasi parti, demi menjuarai hak dan kebajikan rakyat demi masa depan negara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Remaja lelaki cedera, nyaris diculik ketika joging' 2 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'DUA BERANAK LAGAK SAMSENG TlBAl CASHIER | BEST FBK' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pegawai terlibat kesilapan Jalur Gemilang dalam la' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Dadah Lebih Dua Tan Bernilai RM82.14 Juta Dirampas' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SPRM reman dua anggota polis didakwa minta rasuah ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia ungguli penilaian Open Data Inventory 202' 17 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Best Curry Mee @ Subang Jaya & Shah Alam By Puregl' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual atle' 19 mins ago
A visitor from Pittsburgh viewed 'Woman scalded with hot water and beaten after she ' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Remaja lelaki cedera, nyaris diculik ketika joging' 41 mins ago