Translate

17 February 2024

Malaysia layak ke Piala Thomas secara automatik selepas mara ke separuh akhir BATC 2024

Malaysia layak ke Piala Thomas secara automatik selepas mara ke separuh akhir BATC 2024

Bernama

Februari 16, 2024
Pemain Beregu Kebangsaan Aaron Chia (kanan) Soh Wooi Yik (kiri) ketika beraksi menentang Beregu Singapura Loh Kean Hean dan Jia Hao Howin Wong pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. - BERNAMA

SHAH ALAM: Skuad lelaki negara layak secara automatik ke saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, April ini selepas berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, di sini hari ini.

Malaysia, selaku juara bertahan, meneruskan kemaraan dengan menumpaskan Singapura 3-1 pada aksi suku akhir di Pusat Konvensyen Setia City di sini tetapi pencapaian itu dihantui msalah kecederaan kepada pemain perseorangan Ng Tze Yong.

Pemain berusia 23 tahun itu yang diturunkan pada perlawanan pertama suku akhir itu hanya mampu bertahan kira-kira tiga minit ketika berdepan Jason Teh dari Singapura sebelum membuat keputusan tidak meneruskan perlawanan ketika ketinggalan 1-3 di set pertama.

Tze Yong terpaksa menarik diri apabila kecederaan belakang yang dialami ketika Terbuka Malaysia bulan lalu kembali menghantui pemain itu.

Tanpa gentar, Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 apabila pasangan beregu utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Loh Kean Hean-Howin Wong Jia Hao 21-11, 22-24, 21-14.

Leong Jun Hao kemudian mengambil masa hanya 31 minit untuk memastikan mata kedua dengan kemenangan mudah 21-8, 21-12 ke atas Joel Koh sebelum gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani meraih mata kemenangan dengan mengalahkan Wesley Koh-Junsuke Kubo, 21-6, 20-22, 21-8.

Malaysia seterusnya akan bertemu Jepun pada aksi separuh akhir yang berlangsung jam 4 petang esok.

Jepun sebelum itu merekodkan kemenangan 3-2 ke atas pemenang Piala Thomas 2022, India.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan China bertemu Korea Selatan.

Dalam saingan suku akhir, China mengalahkan Indonesia 3-2 manakala Korea Selatan menewaskan Taiwan dengan keputusan sama.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED