Translate

07 March 2023

Dikritik netizen, Fahmi bersikap terbuka, tak 'koyak'

Dikritik netizen, Fahmi bersikap terbuka, tak 'koyak'

ASTRO AWANI

Mac 6, Dikritik netizen, Fahmi bersikap terbuka, tak 'koyak'

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bertegas, beliau sentiasa bersikap terbuka dengan kritikan netizen di media sosial. -Astro AWANI

Dikritik netizen, Fahmi bersikap terbuka, tak 'koyak'

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bertegas, beliau sentiasa bersikap terbuka dengan kritikan netizen di media sosial. -Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bertegas, beliau sentiasa bersikap terbuka dengan kritikan netizen di media sosial.

Jelasnya, pengalamannya yang luas dalam bidang seni memastikan beliau sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan terhadap sesuatu perkara.

"Saya rasa pengalaman dalam bidang seni, kita memang terbuka dalam menghasilkan karya. Apabila kita menonjolkan diri kita di atas pentas, memang akan ada yang suka dan ada yang tidak suka.



"Saya ingat, semasa dalam bidang teater saya pernah menang anugerah pada 2006, namun dalam masa sama, banyak karya saya dikritik dan pengalaman waktu semasa diangkat dan diherdik itu mendewasakan saya.

"Saya kalau orang nak kata saya cepat 'koyak', cepat tersinggung tak juga," katanya semasa Town Hall Rakyat Sinar Harian Bersama Fahmi Fadzil di Kumpulan Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam yang turut disiarkan di laman sosial Facebooknya pada Isnin.

Dalam pada itu, katanya, Garis Panduan Komuniti memastikan pengguna tidak menyalah guna platform media sosial untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

Dalam masa sama, Fahmi berkata, garis panduan itu juga diwujudkan berikutan insiden-insiden tertentu yang berlaku.

"Kalau kita ingat ada seorang ekstremis menyalahgunakan Facebook Live untuk membuat penstriman secara langsung sewaktu dia pergi untuk membunuh orang. Waktu itu, Facebook terus tamatkan live streaming dan meletakkan garis panduan baharu.

"Sama juga dengan apabila berlaku pilihan raya Amerika Syarikat, timbul isu fake news. Bila kita cuba retweet (RT), Twitter akan tanya adakah anda nak baca sebelum anda RT. Ia menjadi satu stop gap measure bagi pastikan orang tahu apa yang kita RT itu kita faham apa yang kita RT," ujarnya.

Malah, garis panduan itu juga terpakai terhadap content TikTok, yang semakin menjadi tumpuan pengguna media sosial pada masa sekarang.

"Sama juga dengan TikTok , hampir 95 peratus content TikTok diturunkan secara automatik sebab banyak bahan ini melanggar gred garis panduan komuniti," tambahnya

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED