Translate

28 January 2023

Noh Omar Dan KJ Dipecat, Hishammuddin, Shahril Hamdan Serta Dua Digantung oleh MKT UMNO

 


Langgar Disiplin Parti, Noh Dan KJ Dipecat, Hishammuddin, Shahril Hamdan Serta Dua Digantung

28 January 2023  

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam tadi telah memutuskan memecat dua orang ahli yang melanggar disiplin parti.


Katanya, ahli UMNO yang dipecat adalah Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).




“Ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Hamdan,” katanya menerusi satu kenyataan media.


Katanya yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari neger Pahang.


“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” jelasnya.


Sementara itu Ahmad turut memaklumkan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baharu. – UMNO Online







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Barcelona Thump Dortmund as Aston Villa falls to P' 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia, Turkiye setuju kukuhkan kerjasama bidang' 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bapa Erda Ezrin harap dapat sambut Hari Raya Aidil' 9 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 10 mins ago
A visitor from New york viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 1 min ago