Translate

07 February 2022

Omicron bukan "konspirasi KJ" nafikan sambutan Hari Raya - Khairy



Astro Awani
Februari 7, 2022 

"Gelombang Omicron ini bukanlah hanya berada di Malaysia sahaja, bukanlah konspirasi "KJ" untuk menafikan Hari Raya lagi. Namun, ia sebenarnya telah kena di semua negara," kata Khairy. - Foto tangkapan layar sidang media Khairy

PUTRAJAYA: Peningkatan kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di negara ini bukan satu konspirasi untuk menangguhkan perayaan Aidilfitri pada Mei depan, sebaliknya dihadapi setiap negara.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, gelombang Omicron bukan sahaja dihadapi di Malaysia tetapi turut menyaksikan peningkatan di negara-negara lain termasuk Eropah.

"Gelombang Omicron ini bukanlah hanya berada di Malaysia sahaja, bukanlah konspirasi "KJ" untuk menafikan Hari Raya lagi. Namun, ia sebenarnya telah kena di semua negara," katanya.

“Singapura melaporkan lebih 13,208 kes baharu jangkitan COVID-19 pada 4 Februari 2022, tiga kali ganda berbanding hari sebelumnya.

“Pada 5 Februari, Korea pula melaporkan kes harian sebanyak 38,670 kes, Indonesia (33,729 kes), Thailand (10,879 kes), Filipina (7,469 kes), Australia (22,985) kes dan Jepun 102,275 kes,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di sini, pada Isnin.

Sehubungan itu, kes harian COVID-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes hari ini berbanding 10,089 semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED