Translate

20 February 2022

Covid-19 Malaysia: 28.734 New Cases on 19/2, 95 cases in categories 3,4,5

 




Kenyataan Akhbar KPK 20 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

20 FEBRUARI 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 19 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Bilangan pesakit COVID-19 katil bukan ICU dan ICU meningkat manakala pesakit PKRC menurun berbanding semalam;
  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU)Tig (3) negeri iaitu Johor (70%), WP Kuala Lumpur (64%) & Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%.;
  • Katil bukan ICU: 10 negeri iaitu Selangor (95%), Kelantan (93%), WP Putrajaya (92%), Perlis (90%), Sabah (82%), Johor (82%), WP Kuala Lumpur (72%), Perak (70%), Pahang (55%) dan Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC):  Lapan (8) negeri iaitu Selangor (83%), Terengganu (59%), Sabah (58%), Perak (58%), Melaka (53%), Negeri Sembilan (51%), Perlis (51%) & Kelantan (51%)menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%, dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 130 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 37%.

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya didapati terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Secara keseluruhannya, setakat ini kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya didapati kapasiti fasiliti semakin penuh.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah menggunakan digital Home Surveilance Order (HSO), namun status kesihatan beliau merosot ke kategori 3 lalu memerlukan kemasukan ke hospital.

Pada masa yang sama, terdapat kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital secara pre-emptive.

Pada 19 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,521 kes (Graf 1). Daripada 1,521 kes ini:

  • 548 kes (36.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 973 kes (64.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 Februari 2022:

  • Kes sembuh: 18,514 kes [2,919,196 kes kumulatif (91.4%)];
  • Kes baharu : 28,825 (3,194,848 kes kumulatif);
  • Kes import : 91 kes [47  warganegara (51.6%); 44 bukan warganegara (48.4%)];
  • Kes tempatan : 28,734 kes [28,071 warganegara (97.7%); 663 bukan warganegara (2.3%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 238 kes (97 kes disahkan COVID-19; 141 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 130 kes (57 kes disahkan COVID-19; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes    dalam siasatan).

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 28,825 kes harian yang dilaporkan pada 19 Februari 2022:

  • 95 kes (0.33 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 28,730 kes (99.67 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1 : 8,412 kes (29.18%);
  • Kategori 2 : 20,318 kes (70.49%);
  • Kategori 3 : 59 kes (0.20%);
  • Kategori 4 : 22 kes (0.08%); dan
  • Kategori 5 : 14 kes (0.05%).

Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 Februari 2022:

  • 28 kes (29.47%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 49 kes (51.58%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19;
  • 18 kes (18.95%) telah menerima dos penggalak;
  • 41 kes (43.16%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 48 kes (50.53%) mempunyai komorbid;
  • Tiada kes ibu mengandung; dan

Dilaporkan 9 kes (0.03% daripada keseluruhan 28,825 kes) telah meninggal dunia, termasuk 4 kes (0.013% daripada keseluruhan 28,825 kes) kes brought-in-dead (BID). KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster : 6,704 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,212 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 492 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 18 Februari 2022

NEGERINILAI RT
WP Labuan1.86
Sarawak1.52
Sabah1.44
Perlis1.39
Pulau Pinang1.38
Terengganu1.36
Negeri Sembilan1.36
Kedah1.35
Kelantan1.34
Pahang1.31
Selangor1.30
Johor1.26
WP Kuala Lumpur1.25
WP Putrajaya1.22
Perak1.22
Melaka1.19
MALAYSIA1.24

STATUS JANGKITAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Bermula awal Januari 2022 sehingga pertengahan Februari 2022, bilangan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 50,826 orang, dengan pecahan kes :

  • Kategori 1: 15,817 kes (31.12%);
  • Kategori 2: 34,857 kes (68.58%);
  • Kategori 3: 120 kes (0.24%);
  • Kategori 4: 28 kes (0.006%); dan
  • Kategori 5: 4 kes (0.001%).

Graf 2 menunjukkan pola penggunaan katil harian pesakit  COVID-19 di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun, di mana ianya didapati semakin meningkat seiring dengan kenaikan kes COVID-19 di dalam negara. Peningkatan dilihat lebih ketara dalam bulan Februari 2022 terutama bagi kategori 2 hingga kategori 5.

Pola yang sama juga diperhatikan bagi penggunaan katil harian pesakit COVID-19 di kalangan kanak-kanak remaja (11-17 tahun) (Graf 3).

Ini mungkin disebabkan oleh penularan Varian Omicron serta peningkatan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti susulan pembukaan semula sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi, lalu menyebabkan risiko pendedahan kanak-kanak kepada jangkitan COVID-19. Kanak-kanak telah terkesan secara langsung akibat pandemik COVID-19 yang telah mengganggu kehidupan keluarga serta aspek sosial mereka. Aspek persekolahan dan pendidikan juga terkesan dan pandemik yang berlarutan ini telah memberi kesan yang tidak sihat kepada perkembangan psikologi dan sosial kanak-kanak.

Meskipun gejala jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak kebiasaannya kurang serius berbanding dewasa, namun terdapat juga kes-kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di ICU. Antara gejala yang sering dialami oleh kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 adalah batuk dan selesema berterusan melebihi seminggu, bernafas laju, kurang aktif, kurang selera makan, demam yang berterusan, dan muntah atau cirit birit. Dalam keadaan yang lebih serius, kanak-kanak boleh mengalami sakit dada atau sakit perut, kurang tahap kesedaran, dan juga sawan.

Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu keadaan kritikal yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di mana terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak. Sejak Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun telah mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19 dengan pecahan umur,

  • < 1 tahun : 25 kes (14.4%)
  • 1 tahun hingga < 5 tahun : 38 kes (21.8%)
  • 5 tahun hingga < 9 tahun : 64 kes (36.8%)
  • 9 tahun hingga <12 tahun : 36 kes (20.7%)
  • ≥ 12 tahun : 11 (6.3%)

Sehingga kini, tujuh (7) kes (4%) kematian kanak-kanak telah disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan COVID-19. Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-COVID (sindrom COVID-19 selepas fasa akut jangkitan). Data terhad yang diperolehi setakat ini menunjukkan risiko ini adalah lebih rendah berbanding orang dewasa, namun buat masa ini tidak banyak yang diketahui mengenai kesan jangka masa panjang Long-COVID kepada kanak-kanak.

Kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma, dan obesiti.

Memandangkan kanak-kanak kini merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19, antara kaedah utama bagi mengurangkan risiko ini adalah dengan kawalan kendiri dan juga vaksinasi. Vaksin COVID-19 Comirnaty® (Pfizer-BioNTech) telahpun diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak 5 sehingga 11 tahun di Malaysia. Dari kajian klinikal, keberkesanan vaksin ini adalah sebanyak 91% serta berupaya untuk meningkatkan tindakbalas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit COVID-19 yang serius.

Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun ini adalah tepat pada masanya untuk melindungi kumpulan ini khususnya kanak-kanak yang mempunyai komorbid. Kanak-kanak golongan umur 5 hingga 11 tahun perlu diberi 2 dos vaksin dengan sela masa 8 minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini, sela masa 8 minggu di antara 2 dos yang diberikan akan memberi kesan tindakbalas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberi perlindungan yang lebih lama.

Pesanan kepada ibubapa yang membawa anak mereka untuk mendapatkan vaksin:

  • Perlu memastikan anak-anak memiliki rehat mencukupi sebelum membawa mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19;
  • Kanak-kanak yang bakal divaksin juga perlu berada dalam keadaan sihat dan aktif serta makan dan minum yang cukup sebelum disuntik; dan
  • Selepas menerima vaksin, pastikan kanak-kanak tidak melakukan aktiviti berat bagi tempoh seminggu. Ini penting bagi memastikan badan mereka dapat melalui proses pembinaan imuniti dengan baik dan mengelakkan sebarang komplikasi akibat melakukan aktiviti berat.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti dipatuhi:

  • Kanak-kanak dinasihatkan untuk kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja;
  • Amalkan norma baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19;
  • Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca pembawa jangkitan kepada kanak-kanak dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah; dan
  • Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, andSeek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
  • Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
  • Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Februari 2022 @ 10.00 pagi.

Lampiran 1

Jadual 5Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam




COVID-19: 34 kematian baharu direkod, 12 BID

Astro Awani

Februari 20, 2022 09:13 MYT

COVID-19: 34 kematian baharu direkod, 12 BID

Proses pengesahan sama ada seseorang pesakit COVID-19 itu meninggal dunia akibat pandemik tersebut atau tidak, mengambil masa. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 34 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,310 orang, daripada 3.17 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 34 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 243,342 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 230,491 individu atau 94.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,414 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 7,199 kes dirawat di hospital dan 238 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 130 lagi memerlukan mesin ventilator.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED