Translate

26 February 2022

PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran

 


ASTRO AWANI
Februari 26, 2022 

Weng Kian Yong menunjukkan notis kompaun yang diterimanya kerana didakwa melanggar SOP di PPC bagi DUN Larkin. - Astro AWANI

JOHOR BAHRU: Hanya kerana ingin melaksanakan tugas, seorang wartawan akhbar Sin Chew Daily terpaksa membayar harga yang mahal, selepas dikompaun Penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kompaun itu dikenakan ke atasnya selepas petugas di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru itu, tempat penamaan calon N44 Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, mendakwa petugas media tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Weng Kian Yong, 42 tahun, mengakui dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan tidak menjaga penjarakan fizikal.
 
"Saya hanya pergi kepada calon untuk mendapatkan maklumat peribadi mereka seperti nama, gambar dan nombor telefon.

"Saya tidak sangka itu merupakan satu kesalahan, kerana saya seorang yang dikenakan kompaun, sedangkan pada waktu itu terdapat beberapa wartawan lain melakukan perkara sama," dakwanya.

Sementara itu, Editor Video Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, 47 tahun, hanya dikenakan amaran.
Selepas mengenakan kompaun, petugas KKM seramai lima orang itu dilihat meninggalkan kawasan penamaan calon.

Dalam pada itu, pertembungan di DUN Larkin kali ini hampir pasti melibatkan enam penjuru.

Barisan Nasional kali ini mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah, 38 tahun, dan Pakatan Harapan meletakkan Dr Zamil Najwah Arbain, 48 tahun.

Di sebelah Perikatan Nasional pula, pimpinan meletakkan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Zukifli Bujang, 44 tahun, manakala Parti Pejuang Tanah Air mencalonkan Mohamad Riadz Hashim, 49 tahun.

Ikatan Muda Demokratik (MUDA) pula meletakkan harapan ke atas Ketua Penerangan MUDA Johor, Rasid Abu Bakar, 28 tahun, sekali gus melihat pertembungan antara parti itu dengan PKR.

Selain itu, turut kelihatan seorang Calon Bebas, Norramadan Buan, 45 tahun, yang hadir untuk menyerahkan borang pencalonannya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 5 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 6 hrs 43 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 7 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 7 hrs 33 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 7 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 7 hrs 53 mins ago