Translate

25 February 2022

Covid-19 - Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin dibenar keluar hospital petang ini




Bernama
Februari 25, 2022 

Menurut Hishammuddin, beliau masih diwajibkan terus jalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan bagi rawatan dan pemantauan selepas disahkan positif COVID-19, dibenarkan keluar dari hospital itu petang ini.

Beliau yang dijangkiti COVID-19 Isnin lepas, dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas itu.

Hishammuddin menerusi ciapan di Twitter rasminya hari ini berkata hasil penilaian mendapati gejala yang dialami beliau telah pulih dan pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatannya.
 
"Saya dibenarkan keluar wad petang ini. Namun saya masih diwajibkan terus jalani isolasi di kediaman mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan.

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan perubatan HAT Tuanku Mizan yang telah menjaga dan merawat dengan sebaik mungkin sepanjang saya menjalani isolasi di hospital ini. Saya juga hargai rakan-rakan serta rakyat Malaysia yang prihatin dan mendoakan kesembuhan saya," katanya.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Malaysia akan rasai kesan daripada tarif solar bah' 45 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di ' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 54 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Samun Bersenjata Parang Di Taska | BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BMW Tunjuk Samseng Block Bas | BEST FBKL' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 1 hr 43 mins ago