Translate

24 February 2022

Covid-19 Malaysia: 31,199 new cases recorded on 23/2 , 55 Deaths (23 BID), 194 cases in categories 3,4,5

 




 24 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 FEBRUARI 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 23 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU)Lima (5) negeri iaitu Kelantan (83%), WP Kuala Lumpur (65%), Johor (65%), Melaka (58%), dan Perlis (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu Kelantan (101%), Selangor (97%), Perak (90%), WP Kuala Lumpur (87%), Perlis (81%), WP Putrajaya (77%), Johor (75%), Pahang (71%), Sabah (71%), Pulau Pinang (52%), Terengganu (52%) dan Sarawak (52%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil PKRCTiga (3) negeri iaituPerak (74%), Melaka (60%), dan Selangor (54%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 191 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36% daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU.

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori 3 atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.

Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 23 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,804 kes (Rajah 1). Daripada 1,804 kes ini:

  • 621 kes (34.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 1,183 kes (65.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori  1 dan 2.

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 23 Februari 2022:

  • Kes sembuh: 20,399 kes [2,994,840 kes kumulatif (90.6%)];
  • Kes baharu : 31,199 kes (3,305,157 kes kumulatif);
  • Kes import : 119 kes [69  warganegara (58.0%); 50 bukan warganegara (42.0%)];
  • Kes tempatan : 31,080 kes [29,991 warganegara (96.5%); 1,089 bukan warganegara (3.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 305 kes (118 kes disahkan COVID-19; 187 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 191 kes (72 kes disahkan COVID-19; 119 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 31,199 kes harian yang dilaporkan pada 23 Februari 2022:

  • 194 kes (0.62 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 31,005 kes (99.38 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

  • Kategori 1: 10,171 kes (32.60%);
  • Kategori 2: 20,834 kes (66.78%);
  • Kategori 3: 102 kes (0.32%);
  • Kategori 4: 46 kes (0.15%); dan
  • Kategori 5: 46 kes (0.15%).

Daripada 194 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 23 Februari 2022:

  • 92 kes (47.42%) berumur 60 tahun dan ke atas;
  • 91 kes (46.91%) mempunyai komorbid; dan
  • 3 kes (1.55%) ibu mengandung.
  • 45 kes (23.20%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 108 kes (55.67%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 41 kes (21.13%) telah menerima dos penggalak (booster);

Oleh itu, 153 kes (78.87%) kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 23 Februari 2022 adalah tidak divaksinasi (non-vaccinated) atau belum lengkap divaksinasi (incomplete vaccination) atau telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (unbooosted).

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,746 kluster;
  • Jumlah kluster baharu: 14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,240 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 506 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 23 Februari 2022

NEGERINILAI RT
WP Labuan1.44
Sarawak1.31
Terengganu1.28
Negeri Sembilan1.28
Perak1.28
Perlis1.26
Pulau Pinang1.26
Pahang1.24
Selangor1.22
Kelantan1.21
Sabah1.20
Kedah1.19
WP Kuala Lumpur1.19
Melaka1.12
Johor1.11
WP Putrajaya1.09
MALAYSIA1.13

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
  • Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;

Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Februari 2022 @ 10.00 pagi.

Lampiran 1

Jadual 5: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)

Kategori 2AKategori 2B
Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafasDemam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh
Batuk tanpa demam atau sesak nafasKesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea)
Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makanSakit dada
Hilang deria bauTidak boleh makan atau minum
Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur
Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal)Memerlukan bantuan untuk berjalan
Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianGejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk  atau berterusan
Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harianPerubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar
     Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED