Translate

26 February 2022

PRN Johor: 239 calon bertanding, 202 adalah lelaki dan 37 lagi adalah wanita,



PRN Johor: 239 calon bertanding, calon termuda bukan dari MUDA

ASTRO AWANI






26/02/2022 02:48 PM

JOHOR BAHRU, 26 Feb -- Seramai 239 calon layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata selain itu, tiada pencalonan yang ditolak selepas proses penamaan calon.

"Daripada 239 calon layak bertanding, 202 adalah lelaki dan 37 lagi adalah wanita,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, selepas selesai proses penamaan calon hari ini.

Terdapat kira-kira 2.5 juta pemilih berdaftar pada PRN Johor yang melibatkan pertandingan di 56 kerusi. 

Beliau berkata calon tertua pada pilihan raya itu berusia 71 tahun iaitu daripada Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai manakala calon termuda berumur 26 tahun di DUN Mengkibol yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan DUN Tangkak daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Abdul Ghani berkata terdapat lapan calon berusia bawah 30 tahun bertanding pada PRN kali ini.

Seramai 52 calon berusia 30 hingga 39 tahun, 72 calon berusia 40 hingga 49 tahun, 64 calon berusia antara 50 hingga 59 tahun manakala 43 calon berusia 60 tahun ke atas.

Daripada keseluruhan 239 calon, 56 masing-masing adalah calon BN dan PN, Pakatan Harapan (30), Pejuang (42), PKR (20), Bebas (16), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) (7), Parti Warisan (6), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (4), dan masing-masing satu mewakili Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon oleh pegawai pengurus hingga 11.59 malam 11 Mac. 

Sementara itu, SPR dalam kenyataan memaklumkan ia telah menubuhkan 56 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon bertanding ketika berkempen.

SPR turut memaklumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor telah diluluskan akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses perjalanan pilihan raya iaitu proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi. 

Maklumat lanjut mengenai SOP berkenaan boleh diperoleh di portal spr.gov.my.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Benda dah viraI tunggu kena kutip je | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Henti Cakap Kuil Haram, Ada Sokongan DBKL Untuk Ap' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Buang Bayi Dalam Mangkuk Tandas | BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'TNB siap sedia hadapi banjir di Terengganu, Kelant' 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail Sabri sambung rakam keterangan hari keenam ' 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Farid Kamil Dan Diana Danielle Bercerai Kali Kedua' 46 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Polis siasat dakwaan wanita ditampar pemandu keret' 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'TNB siap sedia hadapi banjir di Terengganu, Kelant' 59 mins ago