Translate

21 February 2022

Covid-19 Malaysia: 26,764 New Cases Recorded as of 20/2 11.59pm, 37 Deaths (10 BID), 133 Cases in Categories 3,4,5


According to the Ministry Of Health (KKM) There were 26,764 new cases as of 20/2 11.59pm, bringing the total number of Covid-19 infections to 3,221,689 cases.

ICU utilisation rate stood at 57.2% 

There were 251,678 active cases in Malaysia, with 94%, or 238,620 individuals, undergoing home quarantine.

 More To Come






Kenyataan Akhbar KPK 21 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

21 FEBRUARI 2022

PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PKRC

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 19 Februari 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19:

  • Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Tiga (3) negeri iaitu Johor (70%), WP Kuala Lumpur (65%) & Melaka (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Bukan ICU: Sembilan (9) negeri iaitu Selangor (104%), Perlis (101%), Kelantan (96%), Perak (91%), WP Putrajaya (82%), Johor (82%), Sabah (79%), WP Kuala Lumpur (77%) & Pulau Pinang (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%;
  • Katil Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC): Enam (6) negeri iaitu Selangor (74%), Perak (58%), Terengganu (58%), Sabah (57%), Melaka (53%), dan Kelantan (50%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50%; dan
  • Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 139 pesakit namun peratusan penggunaan ventilator secara keseluruhan adalah sebanyak 36%.
Jadual 1: Penggunaan Katil COVID-19 Bagi ICU dan Bukan ICU di Hospital & Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Pada 20 Februari 2022
Jadual 2: Penggunaan Katil Kes COVID-19 dan Bukan COVID-19 di Hospital Awam Pada 20 Februari 2022

Jika dibandingkan dengan data kapasiti keseluruhan katil di fasiliti kesihatan awam di Jadual 2, sememangnya terdapat perbezaan dengan data di Jadual 1. Ini kerana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah termasuk juga untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.

Secara keseluruhannya, KKM mendapati kapasiti fasiliti kesihatan di hospital awam masih boleh menampung kes COVID-19 dan bukan COVID-19. Namun begitu, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes.

Jadual 3: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Ke Katil Bukan Kritikal Hospital Awam Mengikut Kategori dan Negeri pada 20 Februari 2022

KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Misalnya, semasa didiagnosa, mungkin pesakit tersebut berada pada kategori 2A dan diisolasi di rumah melalui Home Surveilance Order (HSO) digital, namun status kesihatan pesakit boleh merosot ke kategori tiga (3) atau lebih dan memerlukan kemasukan ke hospital.

Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada 20 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,438 kes (Graf 1). Daripada 1,438 kes ini:
• 485 kes (33.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 953 kes (66.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Graf 1: Bilangan Kemasukan Pesakit Harian COVID-19 Berdasarkan Kategori Ke Hospital

Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Februari 2022:
• Kes sembuh: 18,459 kes [2,937,655 kes kumulatif (91.2%)];
• Kes baharu : 26,832 kes (3,221,680 kes kumulatif);
• Kes import : 68 kes [28 warganegara (41.2%); 40 bukan warganegara (58.8%)];
• Kes tempatan : 26,764 kes [26,054 warganegara (97.3%); 710 bukan warganegara (2.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 261 kes (98 kes disahkan COVID-19; 163 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 139 kes (61 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022:
• 133 kes (0.50 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 26,699 kes (99.50 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:
• Kategori 1 : 8,469 kes (31.56%);
• Kategori 2 : 18,230 kes (67.94%);
• Kategori 3 : 66 kes (0.25%);
• Kategori 4 : 38 kes (0.14%); dan
• Kategori 5 : 29 kes (0.11%).

Daripada 133 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Februari 2022:
· 29 kes (21.80%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
· 75 kes (56.39%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19;
· 29 kes (21.80%) telah menerima dos penggalak;
· 62 kes (46.62%) berumur 60 tahun dan ke atas;
· 47 kes (35.34%) mempunyai komorbid; dan
· 6 kes (4.51%) ibu mengandung.


Dilaporkan 11 kes (0.04% daripada keseluruhan 28,825 kes) telah meninggal dunia, termasuk 6 kes (0.04% daripada keseluruhan 28,825 kes) brought-in-dead (BID). KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

KLUSTER COVID-19
• Jumlah kluster : 6,719 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,219 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 500 kluster.

NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 3. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my . Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 19 Februari 2022

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
• Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
• Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
• Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
• Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya anda bergejala;
• Individu positif COVID-19 kategori 1 dan 2A dan tidak berisiko tinggi (60 tahun ke bawah dan tidak mempunyai komorbid) tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlu melakukan pemantauan kendiri melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
• Individu yang perlu hadir ke CAC (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) terdekat untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
• Individu yang positif COVID-19 kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC ; dan
• Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.


Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.


KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Februari 2022 @ 10.00 pagi.

LAMPIRAN 1

Jadual 5: Perbandingan Gejala COVID-19 Kategori 2A (Ringan) dan 2B (Sederhana)

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED