Translate

11 February 2022

BNM akan ambil tindakan jika kesilapan pemprosesan CIMB langgar peraturan





Bernama
Februari 11, 2022 

Nor Shamsiah berkata BNM juga telah meminta CIMB untuk memastikan usaha bagi mendapatkan semula dana terbabit tidak akan menjejaskan keupayaan pelanggan mendapat akses ke atas akaun masing-masing. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil langkah serta tindakan penyeliaan sewajarnya ke atas CIMB Group Holdings Bhd sekiranya terbukti berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau pengawalseliaan dalam insiden membabitkan kesilapan pemprosesan bank itu baru-baru ini.

Ketika menegaskan perkara itu, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ketetapan pengawalseliaan berkenaan termasuk aspek pematuhan piawaian pengurusan risiko yang boleh diterima.

"Kita sedang meneliti keadaan khusus yang membabitkan insiden tersebut," katanya selepas mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2021 dalam sidang media secara maya di sini, hari ini.
 
Malah, Nor Shamsiah berkata BNM juga telah meminta CIMB untuk memastikan usaha bagi mendapatkan semula dana terbabit tidak akan menjejaskan keupayaan pelanggan mendapat akses ke atas akaun masing-masing selain membolehkan pilihan munasabah untuk mereka memulangkan semula lebihan dana berkaitan.

Menurut laporan media, CIMB telah menjelaskan bahawa terdapat kesilapan pemprosesan dalam sistem perbankannya yang menyebabkan sejumlah akaun dibekukan dan bank itu sedang menghubungi pelanggan terbabit bagi memastikan penyelesaian secara adil serta terurus.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED