Translate

13 February 2022

Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM


Bernama
Februari 13, 2022 

Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.- Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk Bazar Ramadan pada tahun ini.

Bagaimanapun beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.

"Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
 
Terdahulu, media melaporkan luahan peniaga Bazar Ramadan yang bimbang mereka tidak boleh berniaga akibat kes COVID-19 negara yang mengalami peningkatan mendadak, susulan penularan varian Omicron sejak lebih sebulan lalu.

Semalam, kes baharu COVID-19 mencatatkan 22,802 kes menjadikan kumulatif kes mencecah lebih 3 juta.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED