Translate

12 December 2021

Nicky Liow, Jho Low Belum Disenarai Interpol

 Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani 





Nicky Liow, Jho Low belum disenarai Interpol

Permohonan Notis Merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan Low Taek Jho atau Jho Low masih belum diterima Polis Antarabangsa (Interpol).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, permohonan itu sudah dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun nama Nicky dan Jho Low masih belum dimasukkan ke dalam Notis Merah.

Menurutnya, beberapa prosedur perlu dipatuhi bagi membolehkan nama seseorang itu dimasukkan tersenarai dalam Notis Merah.

Katanya, masih tidak jelas mengapa nama mereka masih belum dimasukkan ke dalam Notis Merah oleh Interpol.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (APM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Nama seseorang boleh dimasukkan ke dalam Notis Merah apabila mereka menjadi individu dikehendaki sesebuah negara atas sebab pendakwaan atau menjalani hukuman berdasarkan waran tangkap atau keputusan mahkamah.

Sumber: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis tingkatkan keselamatan di kawasan tumpuan AF' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 2 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh denga' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywo' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kela' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program' 1 hr 36 mins ago