Translate

27 December 2021

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengesahkan air Sungai Lui, Hulu Langat naik semula malam tadi - SINAR HARIAN

 Menteri sahkan air Sungai Lui meningkat semula

SINAR HARIAN

| | 27 Disember 2021




Air Sungai Lui dilaporkan meningkat semula pada Ahad malam. - Foto Twitter Reezal Merican


SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan air Sungai Lui, Hulu Langat naik semula malam ini.


"Air Sungai Lui kembali naik malam ini. Allahu Akbar.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat telah pun dalam mode siap sedia di lokasi bagi menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku," katanya dalam satu ciapan di Twitternya.








Kawasan Tuntung dinaiki air semula cetus kebimbangan banjir
| | 27 Disember 2021
SINAR HARIAN


Kawasan Tuntung di Hulu Langat mula dinaiki air mencetuskan kebimbangan penduduk.
A
A
SHAH ALAM - Kawasan Tuntung di Hulu Langat mula dinaiki air selepas Sungai Lui didapati meningkat semula dan mencetuskan kebimbangan penduduk.

Pengerusi Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Hussin berkata, air mula melimpah dari sungai berkenaan selepas hujan lebat.

"Info dari sahabat saya Syah yang berada di Sungai Lui dalam keadaan alert.

"Hujan di bahagian hulu, ada tempat dah start naik air. Kawasan di Tuntung, Sungai Lui hujan lebat. Tuntung dah mula banjir. Sahabat di Sungai Lui dan sekitar beringat. Air naik dengan cepat, maklumkan semua orang.


"Aku di Sungai Lui tengah berkemas nak balik Puchong," katanya menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.


Air Sungai Lui didakwa meningkat dan melimpah selepas hujan lebat.
Beliau turut meminta orang ramai supaya membawa keluar kenderaan dan dokumen penting serta menyelamatkan diri termasuk keluarga masing-masing.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED