Translate

30 December 2021

Kertas siasatan melibatkan Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

 






Kertas siasatan Ebit Lew telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Sinar Harian

Disember 30, 2021 10:54 MYT

Kertas siasatan Ebit Lew telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Abd Jalil berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan melibatkan pendakwah popular, Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual telah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

"Bagaimanapun kita meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.



Pada Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Ebit telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan pada Ogos dan Oktober lalu, beliau berkata, dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Monaco viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Eight individuals sentenced' 58 mins ago
A visitor from Singapore viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 2 hrs 41 mins ago