Translate

08 April 2025

SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kelantan



SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kelantan

Bernama

07/04/2025


Menurut sumber, lelaki berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi di pejabatnya oleh sepasukan pegawai SPRM. - BERNAMA


KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ketua cawangan sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan projek baik pulih fasiliti di Gua Musang bernilai kira-kira RM100,000.

Menurut sumber, lelaki berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi di pejabatnya oleh sepasukan pegawai SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Gua Musang pagi esok.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Court dismisses govt’s bid to seize RM192 million ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jenazah seniwati Sophia Ibrahim selamat dikebumika' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem p' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'When RHB Bank founder Rashid Hussain tied the knot' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk ditahan sekali lagi kemuka butir matan palsu' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 1 hr 47 mins ago