Translate

03 July 2021

Pasar borong ditutup, 5 positif Covid-19 (Video)

Pasar borong ditutup, 5 positif Covid-19

 




Pasar borong ditutup, 5 positif Covid-19

Harian Metro

Pasar Borong Pulau Mutiara Gat Lebuh Macallum, di Georgetown , ditutup serta-merta bermula Sabtu berikutan lima peniaga didapati positif Covid-19.

Penutupan berkenaan membabitkan 41 gerai berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi kenyataannya berkata, penghadang sudah dipasang di semua lorong ke pasar berkenaan bagi kerja sanitasi dan disinfeksi dijalankan.

Menurutnya MBPP menasihati persatuan di semua pasar dan kompleks makanan supaya memastikan kawalan pengunjung dilaksanakan dengan baik pada setiap masa.

Tindakan penguatkuasaan termasuk penutupan premis akan dibuat sekiranya ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED