Translate

28 July 2021

#Covid-19 Malaysia Overview 28 July: HIGHEST DAILY CASES: New - 17,405 | Deaths- 143 | Total - 1,061,476

Kenyataan Akhbar KPK 28 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 12,373 kes (877,812 kes kumulatif, 82.7%);
  • Kes baharu : 17,405 kes (1,061,476 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (3 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,399 kes [14,341 warganegara (82.4%); 3,058 bukan warganegara (17.6%)];
  • Kes aktif : 175,113 kes;
  • Kes  yang memerlukan rawatan  di  Unit  Rawatan Rapi (ICU): 1,016 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 529 kes;
  • Kes kematian : 143 kes (8,551 kes kumulatif, 0.80%; 123 warganegara, 20 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,568 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 41 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,518 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,050 kluster.

Daripada 17,405 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 374 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala, sebanyak 17,031 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, hanya 2,032 kes (11.7 peratus) daripada jumlah kes pada hari ini mempunyai sejarah vaksinasi COVID-19. Status   vaksinasi        COVID-19        mengikut        kategori adalah seperti Rajah 1.

Status   vaksinasi        COVID-19        mengikut        kategori adalah seperti Rajah 1.

Sebanyak 143 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 41 kes di Selangor, 21 kes di Negeri Sembilan, 17 kes di Johor, 14 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Perak, 10 kes di Kedah, sembilan (9) kes di Sabah, tujuh (7) kes di Melaka, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta tiga (3) kes di Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 27 JULAI 2021)

Berdasarkan data terkini pada 27 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.14. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.30) diikuti oleh  Kelantan (nilai RT 1.27), dan Johor, Sabah, serta Kedah (nilai RT 1.23). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2);

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4)  kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 6 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering  ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Julai 2021 @ 6:30 petang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED