Translate

29 July 2021

Warga Emas Rogol Kambing Reman 7 Hari (Video)

warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis selepas dipercayai mengadakan persetubuhan luar tabii dengan kambing betina



Warga Emas Rogol Kambing Reman 7 Hari

MKL Crimedesk
29/7/2021

seorang suspek warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis selepas dipercayai mengadakan persetubuhan luar tabii dengan kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati.

perintah reman terhadap lelaki berusia 60 tahun itu dibenarkan oleh penolong pendaftar mohamad azrul muhd sabri di mahkamah majistret kuala kubu bharu.

suspek yang memakai kemeja dan seluar berwarna coklat dibawa dengan trak diiringi dua anggota polis dari balai polis sentosa memasuki perkarangan mahkmah jam 9.20 pagi tadi.

dalam permohonan itu, mohamad azrul membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 4 ogos nanti untuk membantu siasatan kes mengikut seksyen 377/289 kanun keseksaan.

penyiasatan kes dikendalikan pegawai penyiasat jenayah, inspektor azman abdul karim.

sementara itu, ketua polis daerah hulu selangor superintendan arsad kamaruddin ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes terbabit untuk dirujuk kepada timbalan pendakwa raya bagi arahan lanjut.

terdahulu, media tempatan melaporkan tindakan jijik seorang lelaki warga emas yang melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya, di serendah, kelmarin.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Bayern Munich 2-2 Borussia Dortmund Union Berlin |' 7 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 19 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'UCAPAN PMX DEPAN MENTERI BESAR RAKYAT KELANTAN | B' 22 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi mahu syarikat telekomunikasi kemuka penyeles' 28 mins ago
A visitor from Yekaterinburg viewed 'Two Policemen Charged With Raping and Committing U' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Warga emas rugi lebih RM2.6 juta angkara pelaburan' 29 mins ago