Tangkap layar video yang dikongsikan wanita tersebut di Instagram pada Rabu menunjukkan vaksinator tidak menekan picagari yang berisi dos vaksin Covid-19 semasa memberikan suntikan. - Foto Instagram/ diyanahmaria |
Vaksin COVID-19: Wanita terkejut vaksinator 'terlupa' tekan picagari
Astro Awani
29/7/2021
SHAH ALAM: Seorang wanita yang hadir untuk menerima vaksin di salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur terkejut selepas mendapati vaksinator tidak menekan picagari berisi dos vaksin yang disuntik kepadanya pada pagi Rabu.
29/7/2021
SHAH ALAM: Seorang wanita yang hadir untuk menerima vaksin di salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur terkejut selepas mendapati vaksinator tidak menekan picagari berisi dos vaksin yang disuntik kepadanya pada pagi Rabu.
Dia menyedari kejadian itu apabila melihat video rakaman yang dilakukannya semasa proses suntikan vaksin yang jelas menunjukkan picagari tersebut hanya dicucuk seketika sebelum ditarik keluar semula dengan keadaan vaksin masih berada dalam alat perubatan itu.
Wanita berkenaan terus mengadukan perkara tersebut kepada petugas dengan menunjukkan video itu dan difahamkan beliau telah menerima semula suntikan vaksin selepas itu.
“Tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku kepada saya. Lepas dah ‘report’ pada petugas dan tunjuk video ini, vaksinator tersebut mengatakan dia tidak perasan.
“Saya sangat marah ketika itu, kemudian mereka berikan saya suntikan lagi,” katanya yang turut berkongsikan video tersebut di Instagram miliknya pada Rabu.
Baru-baru ini, terdapat tiga kes melibatkan individu yang menerima suntikan vaksin daripada picagari kosong didakwa berlaku di beberapa PPV di Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor.
Pada 19 Julai lalu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memaklumkan pihaknya telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan memanggil individu terbabit untuk memberikan penjelasan.
Sementara itu, wanita terbabit memaklumkan dia tidak mengetahui mengenai niat sebenar vaksinator tersebut dan menegaskan perkara itu akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
FOR MORE NEWS GO TO: