Translate

31 July 2021

MPN: Tun Mahathir Kemuka 20 Nama, 'Tidak Boleh Ada Orang Politik' (Video)

Kata Dr Mahathir, ahli-ahli MPN mestilah terdiri dari pakar, berpengalaman, berupaya menangani krisis serta orang muda yang dinamik telah memperlihat kesungguhan membantu rakyat dan negara. - Foto fail/Jabatan Penerangan Malaysia


MPN: Tun M kemuka 20 nama, 'tidak boleh ada orang politik'

Astro Awani
31/7/2021

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan 20 nama yang beliau berpandangan layak menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Jelas beliau, keahlian MPN mestilah tidak mempunyai ahli politik parti-parti kerana mereka akan mempertimbang kepentingan parti berbanding rakyat dan negara.

“Keduanya, ahli-ahli mestilah terdiri dari pakar, berpengalaman, berupaya menangani krisis serta orang muda yang dinamik telah memperlihat kesungguhan membantu rakyat dan negara.

“Beberapa ahli politik yang saya cadang tidak boleh terikat dengan parti mereka,” katanya dalam satu kenyataan di blog beliau pada Sabtu.

Ujar beliau, beberapa nama ahli politik yang dicadangkan untuk menyertai MPN dipilih bukan kerana politik kepartian, tetapi atas beberapa usaha yang telah dilakukan individu tersebut.

Berikut 20 nama yang dicadangkan oleh beliau:

Tan Sri Rafidah Aziz

Tan Sri Lin See Yan

Tan Sri Mohd Hassan Marican

Tan Sri Mohamed Azman Yahya

Prof. Dr Jomo K. Sundram

Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman

Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman

Emeritus Prof Datuk Dr Lam Sai Kit

Datuk Dr Musa Nordin

Datuk Dr Amar Singh HSS

Dr Kumitaa Theva Das

Prof Emeritus Datuk Shad Faruqi

Prof Datuk Salleh Buang

Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz

Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid

Samuel Isaiah

Datuk Seri Azalina Othman Said

Hannah Yeoh

Ahmad Fahmi Fadzil

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Jelas beliau, cadangan penubuhan MPN yang berkonsepkan ala-MAGERAN 1969 itu pertama kali dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Baginda pada 10 Jun lalu.

“Cadangan penubuhan MPN ini timbul kerana rata-rata terdapat sentimen bahawa kerajaan ini sudah gagal amat meluas dan krisis semakin bertambah.

“Dengan jumlah kes baru (COVID-19) mencapai 17,000 amat jelas sentimen bahawa kerajaan ini gagal bukanlah satu retorik politik.

“Kegelisahan kerana keadaan ekonomi yang merudum menambah kepada kemarahan dan ketidak-puasan hati rakyat terhadap Kerajaan. Hari ini rakyat sudah mula bawa kemarahan mereka ke jalanan,” katanya lagi.

FOR MORE NEWS GO TO:



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED