Translate

28 July 2021

DBKL Sita 5 Peniaga Warga Negara Asing Di Kampug Baru



Isu Warga Asing

DBKL SITA 5 PENIAGA WARGA NEGARA ASING DI KAMPUNG BARU

DBKL
28/7/2021

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 27 Julai 2021 telah melaksanakan Tindakan Khas Terhadap Peniaga Warganegara Asing di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Hasil daripada aduan dan maklumat yang terima, pemantauan awal dan tindakan amaran telah dibuat terhadap peniaga-peniaga yang beroperasi sekitar kawasan Jalan Raja Alang baru-baru ini melibatkan penjaja makanan dan minuman terdiri daripada warganegara asing dan warga tempatan.

Ekoran daripada itu, DBKL pada hari Selasa telah membuat 5 tindakan sita terhadap peniaga-peniaga warga negara asing (warga Indonesia dan Thailand) setelah mereka ingkar arahan untuk pengosongan tapak perniagaan di bahu jalan dan kawasan jalan awam.

Tindakan sita melibatkan 25 barangan peralatan perniagaan seperti khemah, gerai, kerusi plastik, payung, tray besi, dapur dan lain-lain peralatan menerusi kesalahan di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kesemua barangan yang disita, telah dipindahkan ke Setor DBKL di Jalan Lombong, Cheras untuk proses penyimpanan dan dokumentasi termasuk passport dan sebuah telefon bimbit (milik peniaga warga asing yang melarikan diri semasa sitaan).

Tindakan ini akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL.

Warga kota diminta untuk terus memberi kerjasama dengan menyalurkan naklumat dan aduan kepada pihak DBKL melalui link yang telah disediakan.

Source: Facebook DBKL

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED