- Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 159 kes, 0.9% (96.9% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 95 kes, 0.5% (90.5% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 3 (radang paru-paru): 120 kes, 0.7% (70.8% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 2 (gejala ringan): 7,912 kes, 45.5% (81.2% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 1 (tiada gejala): 9,119 kes, 52.4% (94.6% tiada sejarah vaksinasi)
Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 2.1% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 (86.9% tiada sejarah vaksinasi) dan 97.9% kes pada kategori 1 dan 2 (88.4% tiada sejarah vaksinasi).
Didapati majoriti besar kes yang baharu didiagnosa COVID-19 iaitu 88.3% tidak mempunyai sejarah vaksinasi. Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda & keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19.
Apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori 3-5 jauh lebih tinggi peratusannya. Ini kerana kebanyakan pesakit kategori 1 & 2 diisolasi di rumah (berisiko rendah & mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat).
Source: Noor Hisham Abdullah Facebook