![]() |
MyOnline*pasport |
๐๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ (๐๐ฒ๐๐ง๐ฅ๐ข๐ง๐*๐๐๐ฌ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ)
Imigresen Malaysia
30/7/2021
Kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian dengan memilih pejabat yang beroperasi sebagai pejabat kutipan.
Sila layari portal MyOnline*Pasport untuk keterangan lanjut.
Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) boleh dibuat di pejabat-pejabat yang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Pemohon perlu mendapatkan slot temujanji secara Sistem Temujanji Online (STO) melalui pautan seperti berikut: http://sto.imi.gov.my sebelum hadir ke pejabat yang dipilih.
Untuk kes-kes kecemasan seperti kematian, mendapat rawatan serta bagi tujuan pendaftaran pelajar luar negara, pelanggan boleh hadir tanpa STO dengan mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti.