Translate

30 July 2021

Daripada 16,840 Kes Covid-19 Baharu Hari Ini, 16,556 Tiada Gejala / Gejala Ringan (30 Julai 2021):

30/7/2021

Daripada jumlah 16,840 kes baharu hari ini (30 Julai 2021):

- Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 25 kes, 0.1% (96% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 79 kes, 0.5% (83.5% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 3 (radang paru-paru): 180 kes, 1.1% (68.9% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 2 (gejala ringan): 8,410 kes, 49.9% (69.6% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 1 (tiada gejala): 8,146 kes, 48.4% (91% tiada sejarah vaksinasi)

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
 
Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 1.7% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 (75.4% tiada sejarah vaksinasi) dan 98.3% kes pada kategori 1 dan 2 (81.6% tiada sejarah vaksinasi).

Didapati majoriti besar kes yang baharu didiagnosa COVID-19 iaitu 80% tidak mempunyai sejarah vaksinasi. Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda & keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19.

Apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori 3-5 jauh lebih tinggi peratusannya. Ini kerana kebanyakan pesakit kategori 1 & 2 diisolasi di rumah (berisiko rendah & mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat). Terkini, Hospital Serdang pula dijadikan Full COVID-19 Hospital.

Source: Facebook Noor Hisham Abdullah


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED