Translate

30 July 2021

Reman Suspek Tembak Mati Bekas Ketua Bahagian MCA Disambung (Video)

Lanjutan tempoh reman itu bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan. - Foto Astro AWANI

Reman suspek tembak mati bekas Ketua Bahagian MCA disambung


Astro Awani
30/7/2021

KUALA TERENGGANU: Tempoh tahanan reman anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang menembak dua jirannya dalam kejadian di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang dilanjutkan lima hari lagi.

Perintah sambungan reman terhadap suspek berusia 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda selepas tempoh reman tujuh hari bermula 24 Julai lalu berakhir pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, mahkamah kemudiannya membenarkan suspek direman lima hari lagi sehingga 4 Ogos depan.

Katanya lanjutan tempoh reman itu bagi membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

“Suspek telah dibawa ke mahkamah untuk proses sambungan reman dan telah disambung reman selama 5 hari. Dalam kes ini siasatan telah dilaksanakan dan hampir siap dan kita akan merujuk kertas siasatan ini untuk cadangan pertuduhan,” kata Mohd Marzukhi.

Terdahulu seorang lelaki maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dipercayai menggunakan senapang patah dalam kejadian di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang, 23 Julai lalu.

Mangsa, Fong Swee Fuan, 65, yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang yang cedera di dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 1 hr 35 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 5 hrs 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 8 hrs 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 26 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 8 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 8 hrs 40 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 8 hrs 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 29 mins ago