Translate

29 July 2021

#Covid-19 Malaysia Overview 29 July: New - 17,170 | Deaths- 174 | Total - 1,078,646

Kenyataan Akhbar KPK 29 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 12,930 kes (890,742 kes kumulatif, 82.6%);
  • Kes baharu : 17,170 kes (1,078,646 kes kumulatif);
  • Kes import : 32 kes (14 warganegara, 18 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,138 kes [14,807 warganegara (86.4%);  2,331 bukan warganegara (13.6%)];
  • Kes aktif : 179,179 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,043 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 531 kes;
  • Kes kematian : 174 kes (8,725 kes kumulatif, 0.81%; 157 warganegara, 17 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,604 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 36 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,540 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,064 kluster.

Daripada 17,170 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 383 kes (2.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,787 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 174 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 70 kes di Selangor, 20 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 17 kes di Johor dan Kedah, 10 kes di Melaka, masing-masing sembilan (9) kes di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, masing-masing lapan (8) kes di Sabah dan Terengganu, tiga (3) kes di Perak, dua (2) kes di Kelantan, dan satu (1) kes di Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 28 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 28 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.16. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.33) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.26), serta Sabah dan Pulau Pinang (nilai RT 1.25). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu dan dapatkan imunisasi COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR7,163 (3)394,927
WP KUALA LUMPUR2,138 (19)118,951
JOHOR1,054 (8)88,435
SABAH77682,620
SARAWAK58275,793
NEGERI SEMBILAN884 (2)69,483
PULAU PINANG55444,431
KEDAH1,21242,961
KELANTAN61541,758
PERAK59636,094
MELAKA41630,088
PAHANG63823,243
TERENGGANU43715,807
WP LABUAN119,645
WP PUTRAJAYA843,735
PERLIS10675
JUMLAH KESELURUHAN17,170 (32)1,078,646

LAMPIRAN 3

Perincian 17,170 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR7,163843,94933,127
WP KUALA LUMPUR2,1381641,17319782
KEDAH1,212132673407
JOHOR1,0542924958259
NEGERI SEMBILAN8841425682172
SABAH77674439263
PAHANG638113359166
KELANTAN615249193173
PERAK596216164216
SARAWAK5826542097
PULAU PINANG554129236189
TERENGGANU43712124076
MELAKA41611620892
WP PUTRAJAYA845331
WP LABUAN11254
PERLIS1037
JUMLAH KESELURUHAN17,1701,8999,178326,061

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 29 JULAI 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Bandar ResortTempat KerjaSelangorHulu Langat, Kuala Langat, Petaling, dan Sepang58261
2Sungai Puloh 14Tempat KerjaSelangorKlang dan Petaling2972
3Industri Seroja LimaTempat KerjaSelangorSepang1730
4Tapak Bina Persiaran Rimba PermaiTempat KerjaSelangorSepang12214
5Jalan Sri Permaisuri SembilanTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras dan Titiwangsa3188
6Jalan Helang MerahTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong1750
7Jalan Empat CTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa914
8Perdagangan DelimaTempat KerjaJohorPontian dan Kota Tinggi2298
9Industri Taman SembrongTempat KerjaJohorBatu Pahat1393
10Jalan PerangTempat KerjaJohorJohor Bharu1359
11Industri Jalan 2/44 Padang TembakTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Bachok918
12Taman Jaya IndahTempat KerjaKelantanPasir Mas524
13Tapak Bina Ipoh PermaiTempat KerjaPerakKinta112193
14Jalan Syed ThaupyTempat KerjaPerakKerian1250
15Sungai ManggaTempat KerjaSarawakSimunjan55160
16Industri Jalan TJ DuaTempat KerjaNegeri SembilanSeremban dan Rembau52480
17Industri Teknologi Cheng 18Tempat KerjaMelakaMelaka Tengah2251
18UniparkTempat KerjaSabahTawau1854
19Kampung Pak SimpolKomunitiKelantanBachok, Pasir Mas, dan Pasir Puteh4556
20Kampung MenteraKomunitiKelantanKota Bharu2432
21Kampung Chenok KadokKomunitiKelantanKota Bharu1316
22Kampung Parit LimbatKomunitiKelantanKota Bharu1221
23Kampung Paya RambaiKomunitiKelantanKota Bharu1115
24Kampung Wakaf StanKomunitiKelantanKota Bharu810
25Kampung Banggol KemianKomunitiKelantanPasir Mas814
26Lahat – LahatKomunitiSabahTawau2050
27Batu KeramatKomunitiSabahTawau1825
28Bukit RokKomunitiPahangBera3160
29Jalan Denai EnamKomunitiJohorJohor Bharu2590
30Kampung SenariKomunitiSarawakKuching2564
31Dah Kampung PokkaKomunitiKedahPadang Terap24104
32Kampung Selabak IntanKomunitiPerakHilir Perak1136
33Jalan Ramin SatuKumpulan Berisiko TinggiSelangorKlang, Kuala Langat, dan Petaling1761
34Fifth AvenueKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta2670
35Jenderam MurniKumpulan Berisiko TinggiSelangorSepang1416
36Jalan Salleh 2Pusat TahananJohorMuar83155


LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 28 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.33
KELANTAN1.26
SABAH1.25
PULAU PINANG1.25
KEDAH1.22
JOHOR1.19
PERAK1.18
WP PUTRAJAYA1.16
WP KUALA LUMPUR1.15
SELANGOR1.12
PAHANG1.08
MELAKA1.07
SARAWAK1.04
NEGERI SEMBILAN0.94
WP LABUAN0.65
 PERLIS0
MALAYSIA1.16

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED