Translate

28 July 2021

KKM Nafi Keluarkan Kad Vaksinasi (Video)

Pihak VAXKAD.com terdahulu menjelaskan kad fizikal vaksin yang tular merupakan salah satu inisiatif sendiri oleh organisasi dan sekolah tertentu untuk memudahkan pengesahan status vaksinasi staf mereka. - Vaxkad.com


KKM nafi keluarkan kad vaksinasi


Astro Awani
28/7/2021

KUALA LUMPUR: Laporan berita yang mendakwa bahawa terdapat kad vaksinasi dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tidak benar.

Dalam satu kenyataan KKM menjelaskan, kad vaksinasi dan QR code yang digunakan dalam sidang media pada 17 Mac 2021 hanya sampel rekabentuk kad vaksinasi untuk ditunjukkan kepada wartawan dan jurugambar.

Jelas kenyataan itu, KKM juga tidak membuat sebarang perolehan kepada mana-mana pihak atau syarikat berhubung pengeluaran kad vaksinasi itu.

Sehubungan itu, KKM menyarankan mana-mana pihak agar tidak berkongsi atau menyebarkan berita tersebut kerana boleh memberi gambaran salah, seolah-olah KKM telah memberi kebenaran kepada

mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi.

Kenyataan itu menyebut, buat masa ini, sijil digital vaksinasi untuk mereka yang telah lengkap dua dos vaksin boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini, portal Yahoo News bertajuk “QR code on “Health Minister’s vaccine badge links to random man’s SoundCloud” menyiarkan berita mengenai kad vaksinasi berkenaan.

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED