COVID-19: R-naught negara naik kepada 1.05, Pahang tertinggi
Astro Awani
Julai 1, 2021
R-naught Malaysia berada di paras 1.05 pada Rabu berbanding 1.04 hari sebelumnya.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kembali meningkat.
Angka itu berada di paras 1.05 pada Rabu berbanding 1.04 pada hari sebelumnya.
Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.19.
Ini diikuti Putrajaya, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Sarawak, Labuan, Johor, Sabah dan Pulau Pinang.
Kelantan, Terengganu dan Perlis mencatat kadar R-naught di bawah 0.90.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.