Translate

01 July 2021

600 Ditahan Ingkar SOP, 8 Direman 592 Dikompaun




600 ditahan ingkar SOP, 8 daripadanya direman
Astro Awani
Jun 30, 2021 20:48 MYT

Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (136), tiada penjarakan fizikal (125) dan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis (104). - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Sejumlah 600 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 592 individu dikompaun manakala lapan lagi direman.

"Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (136), tiada penjarakan fizikal (125) dan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis (104).


"Turut direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (96), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (70), membawa penumpang berlebihan (30), premis gagal patuhi arahan (12) dan lain-lain (27)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas berkenaan Op Benteng, Ismail Sabri berkata 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap selain enam buah kenderaan darat turut dirampas.

Selain itu, beliau turut memaklumkan seramai 59 warga asing telah menjalani ujian saringan semalam dan dua kes positif COVID-19 telah direkodkan.

"Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 700,196 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 36,375 majikan.

"Daripada jumlah itu, seramai 10,375 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 689,821 lagi adalah negatif," katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai untuk terus mengamalkan 'lockdown' kendiri selain kekal di rumah dan amalkan gaya hidup sihat bersama keluarga dalam lingkungan kawasan rumah sendiri.

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED