Translate

10 June 2021

Tun Mahathir Menghadap YDP Agong Di Istana Negara (2 Videos)

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 1.58 tengah hari tadi

Menghadap Agong: Tun Mahathir tiba di Istana Negara

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat memasuki Istana Negara sekitar pukul 1.58 tengah hari tadi.

Beliau dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 2.30 petang.

Hari kedua sembah maklum pemimpin di Istana Negara, Dr Mahathir merupakan pemimpin ketiga yang masuk ke Istana Negara hari ini.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 10.22 pagi.

Maklumat dari sumber mengatakan, Tuan Ibrahim dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi.

Beliau dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 11.36 pagi dan tidak sampai 30 minit selepas itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula memasuki istana.

Kenderaan membawa beliau dilihat keluar meninggalkan bangunan istana kira-kira jam 12.54 tengah hari.

Tiada sebarang kenyataan diberikan kepada media daripada kedua-dua pemimpin itu yang dilihat terus meninggalkan kawasan istana selepas pertemuan selesai.

Dalam pada itu, Dr Mahathir dijadual mengadakan sidang media secara dalam talian pada Khamis berhubung sembah maklum beliau dengan Al-Sultan Abdullah.

Sidang media tersebut dijangka diadakan pada pukul 4.30 petang ini.

FOR MORE NEWS GO TO:


Tun M Hadir Sertai Perjumpaan Khas Pemimpin Politik Bersama YDPA di Istana Negara  

 Tun M Beredar Dari Pintu 2 Istana Negara Selepas Selesai Perjumpaan Dengan YDPA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemilihan Kali Ini PKR Adalah Kerajaan, Saya Tak B' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 4 hrs 8 mins ago