Translate

10 June 2021

Timbalan President PAS Tuan Ibrahim Menghadap YDP Agong (Video)

Kenderaan membawa Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi

Menghadap Agong: Tuan Ibrahim tiba di Istana Negara

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi.

Maklumat dari sumber mengatakan beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi.

Beliau merupakan pemimpin kedua daripada Kerajaan yang sembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Selain beliau, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijadual menghadap Seri Paduka Baginda hari ini.

Beliau dijangka sembah maklum pada jam 2.30 petang disusuli Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dijadual sembah maklum pada jam 3.30 petang.

Difahamkan, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga dijadual menghadap pada waktu pagi, namun sehingga jam 10.30, masih belum kelihatan kelibat beliau atau wakil daripada parti tersebut.

Berdasarkan kenyataan daripada beberapa pemimpin semalam, sembah maklum yang masuk hari kedua hari ini dijangka membincangkan perkara sama.

Antara perkara dibangkitkan termasuklah mengenai proklamasi darurat, ekonomi dan penularan COVID-19.

Sejak dari jam 8.00 pagi, petugas media sudah mula berkumpul di Pintu 2 Istana Negara namun lokasi sedikit jauh berbanding semalam, kira-kira 100 meter dari pagar.

Menurut pesanan ringkas diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), media diarahkan untuk berpindah atas arahan daripada Istana Negara.

FOR MORE NEWS GO TO:




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 10 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 6 hrs 30 mins ago