Translate

26 June 2021

Sultan Selangor memberi perkenan pembukaan sidang DUN Selangor pada 23 Ogos ini.




Sultan Selangor perkenan DUN bersidang 23 Ogos - Speaker
Astro Awani

Suee Lim memaklumkan beliau telah menghantar surat kepada Sultan Selangor pada 23 Jun lalu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 23 Ogos ini.

Speaker DUN, Ng Suee Lim memaklumkan, Baginda turut berkenan untuk berangkat bagi merasmikan istiadat pembukaan DUN pada tarikh berkenaan.

Terdahulu, Suee Lim memaklumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor pada 23 Jun lalu.


Perkara itu juga merupakan hasil perbincangan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, maklumnya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Menurutnya lagi, persidangan pertama DUN Selangor penggal ke-14 itu bakal berlangsung bagi tempoh 23 Ogos sehingga 3 September.

Bagaimanapun Suee Lim berkata, perkara itu bergantung kepada situasi semasa Ordinan Darurat yang berakhir pada 1 Ogos.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED